Friday, January 30, 2026

Takpe Allah kan ada?

Assalamualaikum Hello Coconuts!...

Cuya selalu kekeringan idea nak tulis entri. Tapi bila mengingatkan blogger uncle gedek pon konsisten update entri hari2, kenapa Cuya tak boleh kan?

Mungkin bukan hari2 la Cuya update.
Memikirkan kita ada Google Adsense tu yg nak terus menulis tu .

Hari demi hari ada saja ujian yang mendatang. Terkadang tu emosi Cuya terganggu juga. Kadang rasa sedih tapi tiada tempat mengadu selain Allah.

Cuya selalu doa agar Allah tak bebankan Cuya dengan ujian yang tidak mampu Cuya hadapi. Kalau sedih tu, kata pada diri..
' Takpe, Allah kan ada?'




Rabu lepas Cuya ke Melaka ada urusan. Awal2 pagi dah bangun lepas tu bermekap la kita. Cuya mengenakan baju kurung Pahang bermotifkan leopard biru dan pink.

Takde gambar selfie outfit penuh sebab pagi2 gelap amat.

Ternampak no plat cantik dekat jalan.

RIMAU. rawr! Hahah


Singgah speedmart beli telur, roti dan jajan Mister Potato. Sedap perisa barbecue ni. Cuya amik saiz paling besar.

Mister Potato ni asalnya daripada Melaka. Cuya memang peminat Mister Potato sebab banyak pilihan perisa yg ada.

Alhamdulilah untuk semalam dan harini.

Syukur masih diberikan rezeki yang tidak pernah habis.

Korang sendiri suka jajan jenama apa?

Till then, adios amigos 👋🏻 

Wednesday, January 28, 2026

Makanan Harian

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Kemain susah ler nak update blog je pun. Kitonyo takde idea nak tulis entri gapo. Tudioo kecek kelate sokmo! 😂 

Gambar bawah ni adalah gambar beberapa hari lepas.



Cuya masak Ayam Masak Lemak bersama tomato.

Menu simple2 je as requested by ibu.
Biasa Cuya masak apa yang direquest je. Ikut tekak ibu dengan bahan apa yang ada di dapur.


Hari seterusnya beli breakfast ramen untuk Cuya. Memang rare breakfast Cuya. Ibu dengan ayah makan Mee Kari dengan Laksa.

Cuya of course nak benda lain daripada lain. Lepastu Cuya repeat Cheesekut Mini Rm1.50 sebab peminat Cheesekut. Heheh



Hari seterusnya bakar kuih frozen dalam air fryer. Kebetulan beli kuih frozen sebab kawan ibu datang ziarah dia. Senang order kuih dengan senior Cuya yang duduk berdekatan dengan rumah Cuya. Whatsapp je untuk order, senang zaman sekarang ni.




Harini minum kopi ais. Sedapp sejuk di tekak. Cuya memang pencinta kopi. Asal ada kopi di rumah, wajib la buat. Hehe


Harini makan nasi goreng cili padi yang semalam Cuya masak. Dan ada juga masak sup sayur ayam harini.

Alhamdulilah untuk semalam dan harini.
Cuya ni tak mampu nak jadi anak yang terbaik buat ibu ayah. Setakat bantu sikit sikit tu boleh lah. Tapi Cuya harap dengan asbab Cuya tolong parent Cuya, hidup Cuya lancar dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Cuya tak sempurna macam orang lain. Cuya banyak kekurangan. Cuya cuma harap dengan hidup bersama parent ni akan menjadi penyebab juga untuk Cuya masuk ke syurga dengan mudah walaupun tidaklah semudah yang kita sangkakan.

Syurga bukan percuma, ada bayarannya. Nak syurga, kenalah lalui ujian dunia tak gitu?

Semoga kita semua mendapat syurga Firdaus. Aamin ya Rabb.

Till then, adios amigos 👋🏻 

Saturday, January 24, 2026

Masak Buka Puasa

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Ni nak cerita semalam dengan harini punya makan2. Hari Khamis ibu dengan ayah berpuasa jadi Cuya masak simple2 as requested by ibu. Mem besar bagi arahan, kita buat ajer.


Sup sayur. Ada carrot dengan brokoli. Sedap2 makan panas2.

Ikan goreng. Rasanya ikan tenggiri kalau tak silap. Lupa dah hehe


Sambal totok Cuya, cam biasa ibu selalu request.

Alhamdulilah makan simple2 pon dah sedap.


Ni siang tadi. Kita tak masak apa tapi goreng telur makan dengan kicap cili padi. Nyummss


Petang makan sup cendawan instant bersama 2 keping roti wholemeal. Kat rumah hanya makan wholemeal saja, lebih sihat.

Korang tahu tak gardenia tengah ada contest sekarang? Kalau korang pembeli roti gardenia lebih baik korang join. Cuya pon saja cuba nasib. Moga ada rezekilah nak menang. Aamin ya Rabb


Sup cendawan Cuya suka buat pekat baru sedap dan terasa.

Alhamdulilah untuk semalam dan harini.

Korang makan apa tu ?

Till then, adios amigos 👋🏻 


Thursday, January 22, 2026

Suplemen Lavva Skin dan Yolla

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya ada mention, hadiah duit yang Cuya dapat hasil daripada komen blog AbeKie Cuya dah guna untuk beli suplemen kesihatan.

Jadi Cuya ada survey di internet dan terjumpa suplemen minuman ni. Jadi saja je mencuba.

Minuman ni semua suplemen berperisa dan dia ada pelbagai perisa


Perisa pertama Cuya cuba adalah perisa beri campuran. Rasa dia sedap, rasa buah buahan beri. Dia takde gula putih jadi ianya tidak menggemukkan dan selamat untuk diminum.

Yang bestnya minum ni Cuya senang lawas. Asal minum je senang membuang.


Ni Cuya screenshot daripada kedai TikTok.
Dalam minuman ni ada ala botox untuk tegangkan kulit. Cuya baru botol pertama minum.

Cuya start minum masa 5 Jan. Setakat ni belum nampak sangat perubahan dari segi kecerahan kulit walaupun antara function dia untuk dapat kulit yang cerah.

Nanti bila Cuya dah consume lama baru Cuya share muka Cuya before and after consume.


Suplemen kedua ni pula nama dia Yolla Matcha. Memang rasa matcha yang kat kedai punya. Tersangatlah sedap! Cuya dah repeat kali kedua.

Yang matcha ni dia boleh mengenyangkan. Pon mencerahkan kulit . Tapi macam Cuya cakap, terlalu awal untuk Cuya tengok hasilnya.

Sebab keberkesana suplemen ni berbeza untuk setiap orang. Takpe kita usahakan. Walaupun Cuya berangan nak cerahkan kulit sebab muka Cuya dah gelap.

Sedang cuba dapatkan warna kulit asal Cuya. Tangan Cuya cerah, tapi mukalak gelap. Parahhh heheh


Yolla matcha bagus untuk kulit muka berjerawat, ada tiny bumps ke kan . So sesuai la untuk Cuya sebab muka Cuya pon jenis muka ada jerawat sikit2.

Minum ni Cuya tak membuang. Yang penting rasa dia macam kat kedai. 
Minum dengan ais pon tak jadi masalah.


Seterusnya Yolla Buttercream Latte Coffee. Minum kopi pon sekarang dah boleh jadi suplemen tau. Rasa dia lemak berkrim, memang sedap . Function dia pon untuk mencerahkan. Function lain Cuya tak jumpa di TikTok sebab dia nak discontinue produk ni. Alhamdulilah sempat juga Cuya merasa.

Pokoknya tiga2 ni memang function untuk mencerahkan kulit. Orang sekarang kan suka kulit cerah. Standard beauty kat Malaysia gitu ler ekk, nak cerah baru cantik.
Padahal muka kalau cantik, ko gelap ke putih ke tetap cantikkan?



Ni lak suplemen gluta plus untuk cerahkan juga parut2 jerawat. Live host kata kalau amik suplemen minuman dengan gluta ni kesan dia lagi senang nak cerah.

Taktahu ler Cuya baru nak cuba . Cuya makan gluta plus ni 20/1/26.

Kita nak tengok sejauh mana keberkesanan dia untuk hilangkan parut jerawat Cuya.


Skin booster ni pula dapat free. Tapi Cuya belum try lagi.

Function untuk baiki kulit, cerahkan dan lembabkan.

Pakai sekali sehari je. Malam karang Cuya baru nak cuba. Dia kena campur dengan moisturizer.

Nanti kalau berkesan Cuya akan share gambar sebelum dan selepas consume .

Setakat ni Cuya ada 6 botol suplemen air sebab baru topup.

Ni awal bulan 2 akan ada perisa baru iaitu Pistachio dengan kurma jadi Cuya simpan duit untuk try perisa baru 

Harga sebotol ni tak mahal pon, dalam Rm30 gitu jer. Okay la affordable la kan .

2 botol tahan untuk sebulan. Tapi kadang Cuya terlebih bancuh so cepatlah habis.
Tapi Cuya minum 2 scoop Laluna pagi, 2 scoop Yolla Latte petang, 2 scoop matcha malam.

So sehari 3 kali paling max boleh minum.
Kalau minum lebih2 takut tak berkesan lak.

Pape kalau berkesan Cuya update lagi disini.

Ikutkan dah 18 hari Cuya consume . Masih terlalu awal untuk menilai.

Moga2 berkesan la untuk dapat kulit yang lebih sihat.

Till then, adios amigos 👋🏻 










Kopi Saigon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Semalam Cuya dan ayah ke hospital atas certain urusan. Pergi pada jam 12 lebih sebab senang ayah nak solat kat masjid.


Pagi2 dah bersiap semua. Awal Cuya siap sebab kita nak bermekap bagai. Ada gaya cikgu sekolah tak? 😂 Ke mak datin kekeke


Selfie bersama ayah. Jerawat kat dahi kemain timbul hah sebab tengah bendera jepun

No panggilan hospital.


Lepastu singgah kedai serbaneka, tengok ada jual kopi saigon. First time try. Memang sedap! Tak nyesal beli walaupun saja2 mencuba.


Sebab kita peminat Cheesekut, jadi kita pon beli satu. Memang sedap jugakla. Jarang Cheesekut tak sedap. 

Alhamdulilah, syukur untuk rezeki yang hadir. 

Macam mana dengan hari korang?
Cuya tengah skrol cari baju raya dari semalam. Dah pilih tema tersendiri. Harap sempat la beli sebelum habis stok.

Till then, adios amigos 👋🏻 


Followers