Followers

Thursday, March 28, 2024

Ada Gaya Pensyarah ke?


Assalamualaikum, Hello Coconuts! 

Cuya tengah sibuk skroll galeri gambar sebab sedang mencari idea untuk update blog ni. Lepas tu terjumpalah gambar-gambar selfie yang mengingatkan Cuya pada satu kejadian zaman diploma.


Cuya kalau ke kelas memang selalu berbaju kurung dan kadangkala kalau rajin mekap juga la kan.

So satu haritu Cuya sedang naik ke tangga untuk ke tingkat atas satu bangunan ni bersama kawan Cuya. Tiba-tiba ada seorang student lelaki bersuara,

" Assalamualaikum Puan.... "

Pastu Cuya tersenyum je. Then kawan dia lagi sorang tu cakap " Ehh student la! "

Cuya dengan kawan senyum je sebab student tu panggil Cuya puan semestinya beranggapan Cuya pensyarah dekat situ. 😂😂  Cuya sebenarnya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah tapi tak sangka pulak seawal gini! HAHAH


Itu baru satu kisah. Kisah kedua bila Cuya pergi wedding kawan baik Cuya. Tiba2 kawan Cuya text Cuya,

" Suha, tadi pakcik Huda tanya huda....Kawan Huda tu cikgu ke? " * Dia maksudkan Cuya.

Cuya gelak je.. Agaknya gaya Cuya ni memang macam cikgu agaknya?




Agak kita pakai tudung gaya macam ni macam cikgu eh?


Yalah, kalau wedding mesti kita pakai baju kurung , tudung lak pin atas kepala.. Cikgu2 kan selalu pakai tudung gaya ni kan? Hhahahaha


Ni pon masih di kenduri kahwin kawan yang sama...Tema baju pon lebih kurang warna masa nikah member


Masa kahwin jela nampak kita berbaju kurung.
Kalau kita kerja ofis of course kita bertukar2 baju.

Even Cuya time belajar pon dalam sebulan tu baju semua lain2, al maklumlah rumah dekat je dengan tempat belajar. Tu tiap minggu balik, tukar baju.

Cuya bolehlah tukar2, kalau member Cuya yang rumah jauh nak taknak kena pakai baju sama ajer la.

Kita pulak sejenis banyak baju kurung, tu pakai je semua. Sayang tak pakai kann



Takpela, tak dapat jadi pensyarah.. orang anggap kita macam pensyarah dengan cikgu pon jadi la ya.
Janji gaya dah ada xD


Nota kaki: Bukan Cuya je orang cakap macam cikgu, ibu Cuya pon orang cakap benda sama. Nampaknya Cuya dah terikut gaya Ibu.. hehhehe









Wednesday, March 27, 2024

KEVIN & COCO Corps Bride Makeup Set ( My Childhood Cartoon!)



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Lamanya tinggalkan blog. Mentang-mentang bulan puasa, blog pon kena puasa ya? Hehe!

Macam biasalah sharing Cuya berkenaan produk makeup baru favourite Cuya KEVIN & COCO. Produk ni belum dikenali lagi dekat Malaysia, tapi Cuya jangkakan yang produk ni akan popular kat Malaysia sebab produk dia murah dan packaging menarik sangat.

Disebabkan Cuya suka amat cartoon sejak kecil lagi, jadi zaman childhood Cuya dipenuhi dengan cartoon mat saleh macam The Corps Bride. Korang pernah tengok tak? Sebab Cuya tahu tak ramai blogger yang sezaman dengan Cuya. Kalau ada pon diorang lebih aktif di Tiktok.
@nacuyaa

I have been searching ups and down for this Corps Bride KEVIN COCO Makeup set. Luckily i found one! I lost to my innerchild, it's forcing me to get this makeup set 🤣 #corpsbridemakeupset #corpsbridekevinandcoco #corpsbride #kevinandcoco #makeupmalaysia #corpsbrideeyeshadows #kevinandcocoeyeshadows

♬ original sound -



Makeup set ni memang dah takde jual dekat kedai asal sebab dah kehabisan stok. Stok kilang pon dah takde. So Cuya jumpa satu kedai, dia jual mahal tapi sebab memang Cuya nak sangat so tutup mata jelah masa  bayar. Yalah, kita dah minat kann.... Ehehehehhehe



Cover dia meletops! Kalini bukan pink colour

sebab Corps  Bride ni pengantin mayat, sebab tu warna dia biru seolah2 lebam.


Dalam ada cermin besar
Lipgloss dan lipsticks



Eyeshadows more to coklat

Eyeshadows dia dua layer\

Ada highlighter jugak.

Kejap lagi mesti ada lelaki yang komen, boleh guna untuk painting kan? Untuk melukis?
\
Memang dari haritu dapat komen gitu 😂


Boleh korang... kalau rasa diri tu kaya sangat, boleh la beli makeup untuk painting
Hahahahaah

Cuya senanya dah kekeringan idea dah nak update apa sebab skroll galeri gambar, takde gambar baru pon. Ni lah masalah blogger kan. Tu satu, pastu kerajinan takde pulak. Berat nanang~




    Doakan idea Cuya melimpah ruah!






Tuesday, March 26, 2024

Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ





Bulan Ramadhan bulan mulia,
Ada giveaway menarik tersedia,
Rugi rasa tak join sama,
Mari kita memeriahkan suasana.





Syarat2 penyertaan GiveAway by The Story of Mommy EEZ

1. Follow blog ni dan Instagram @kiddie.oasis <--- klik je di sini

 

2. Buat satu entry post bertajuk 'GiveAway by Blog The Story of Mommy EEZ'

 

3. Share link entry post giveaway dan nama Instagram korang ke ruangan komen bawah post ni. Nanti mommy eez akan stalk korang semua muahahaha~~~

 

4. Giveaway ni bermula dari tarikh hari ni 15hb Mac 2024 sehingga 8 April 2024 (bersamaan dengan 28 Ramadan 1445H). Ikutkan hati nak ambil tarikh 27 Ramadan sebab nak ambil semangat Lailatuqadr tapi sebab waktu tu hari Sabtu-Ahad jadi, takut tak sempat nak umum on time. Lagipun tarikh ni mungkin akan extend kalau tak ada sambutan hangats.. isk isk isk... ye la kita blogger sendu je. Followers ciputs. Tapi, tak pe selagi tak cuba buat giveaway mommy eez pun tak tahu akan ada sambutan ke tak kan?


5. Keputusan pemilihan pemenang bergantung pada cara korang tulis blog entry korang. Kalau ada yang menarik hati, menghiburkan hati dan menyentuh hati mommy eez insha Allah terpilih. Kalau susah sangat mommy eez nak pilih, pakai Wonder Wheels je lah.. eh Wheels of Names ni.. hihihi~~~






1 x Radio Quran dari Baby Pian dan bacaan ayat2 Al-Quran dialunkan oleh 
Ustaz Fakhrul dari UNIC


1 x Mini Sejadah dari The Prayer Mat

 

1 x Kurma Ajwa with Gift Box



Hadiah semua menarik belaka,
 Moga ada rezeki juga,
untuk awak dan saya,
Bertuah kita bersama.








Pohon kepala melambai-lambai,
Angin bertiup memberi lega,
Mari join beramai-ramai,
Ada rezeki tuah mengena.



Rugi semua tak join sekali,
Hadiah menarik menanti diri,
Mana tahu ada rezeki,
Bikin diri tersenyum happy.







Sokongan jitu kita beri,
Tanda kita juga menghargai,
Mari sahabat sana sini,
Kita join sekaki!




Tuah ayam di kakinya,
Tuah kita tak siapa duga,
Berdoa kita pada yang Esa,
Moga rezeki melimpah hendaknya.








Thursday, March 14, 2024

Shopping KEVIN & COCO makeup buat kali be berapa entah

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Banyak kali dah shopping produk KEVIN &COCO ni dan semuanya Cuya beli di Tiktok Live di @BettyBeautyLive yang merupakan Sole Distributor @ Pengedar Tunggal KEVIN & COCO di Malaysia.



Cuya dah ada a few entries di blog pasal KEVIN & COCO ni. Kalau korang tak sempat baca boleh baca di senarai posting ya.




@nacuyaa

Makeup Vlog ? Dunno what's that call as. Just recently found out about KEVIN & COCO products and kinda obsessed with it. I am so lucky to know about it. You should try the eyeshadows palletes. Once try, sure want more 🤣 Popular brand at overseas, but just recently have shops in Malaysia. Do i get commission for promoting this? @BettyBeautyLive 🤣🤣🤣 #kevinandcoco #kevinandcocoeyeshadows #eyeshadowsmurahmalaysia #makeupmalaysia

♬ Pretty (Sped Up) - MEYY



Ni antara collection Cuya selepas awal tahun mengenali KEVIN & COCO. Boleh tahan banyaklah untuk newbies. Hahahaha 



Baru-baru ni Cuya ada dapatkan

Snake pallete 
Halloween Witch Makeup set
Mother and Daughter makeup set
Spider lips

Kita peminat Halloween, mesti dapat produk halloween hehehe


Serba serbi pink ya! Hahaha


Pastu beli harga promo

Butterfly pallete  (untuk anak buah)
Cherry girl
Shopping girl
Blue box makeup set ( Hadiah dari Betty sebab join makeup challenge kat TikTok)



Leopard pallete
Mermaid palelte



Beli lip oil, liptint, lipbalm dan lipgloss dengan live host An an. Beli time live boleh pilih sendiri produk lips2

Comel2 kan?


Lipmatte beli time promo. Kasi borong

Nak bagi anak buah juga


Ni pon beli time promo untuk habiskan stok 



Setakat harini, masih menunggu parcel baru 🤣🤣

Kalau korang nak tengok dan cuba KEVIN & COCO bolehlah pergi ke tiktok @BettyBeautyLive


Cuya ada tag betty kat video tiktok Cuya


P.s- Bulan puasa panas betul.. hausss

Tuesday, March 5, 2024

Dapat Suprise Box Tema Pink!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru-baru ni Cuya terima parcel misteri. Siapa pulak yang sudi hantar parcel ke Cuya ni?



Wahh cantiknya kotak dia! Unicorn gitu.. comel =D 



Wowww set mekap lengkap la!

Tema pink lak tu. My favourite colour tauuu

Tahu2 je penghantar ni. Cuya lak memang minat makeup + warna pink = Marvelous!

Ada:

Eyeshadow
eyebrow gel
eyeliner
Eye curler
Primer
Foundation
Setting spray
Powder
Lip oil
Lipmatte
lipbalm
Mascara
Fake french nails.


Ada set eyeshadows lengkap. Comelnya packaging dia! Macam  khas untuk kanak2...
Kanak2 riang macam Cuya .. HAHAHHA


Yeayy ada suncreen baru


Nila my very first setting spray. Sebelum ni memang tak pernah ada. Selalu tengok orang je pakai untuk set kan makeup tahan lama.


Apapon, Cuya dah rasmikan foundation, setting spray, eyebrow gel dan eye curler ( Pengepit bulu mata)





Ucapan Cuya untuk pengirim :

Terima kasih kepada Nasuha sebab belikan set mekap untuk Cuya.
Akan datang beli lagi yaaa

HAHAHAAH 😂😂

Yang faham faham jela ehh..
Yang tak faham, baca sekali lagi.
eehehehe





Sunday, March 3, 2024

Barbie Makeup Challenge

@nacuyaa

Harini Barbie Makeup Challenge by @BettyBeautyLive . I m using couple set pallet for the eyeshadows. Oraite tak oraite? #makeuptransiti#barbiemakeuplook #barbietransformation #makeupchallenge

♬ original sound - La Cuenta Millennnial✨


Assalamualaikum, Hello Coconuts. Baru- baru ni Cuya join challenge Barbie Makeup Looks di Tiktok. Saja2 mencuba.



Pakai eyeshadow Couple Set brand KEVIN & COCO


Apa guna pallete eyeshadow banyak2 kalau tak makeup XD


Pakai skarf Barbie daripada brand Kotex je. Hahhaha



Sekian sahaja daripada Cuya khas untuk pembaca yang rindukan Cuya. Hahaha





Terima Hadiah Giveaway Daripada Blogger Syazni Rahim


Assalamualaikum, Hello Cooconuts!

Semalam Cuya terima parcel  misteri yang sudah tidak berapa misteri Hehehe 

Baca :

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR JANUARI 2024

Alhamdulilah menang saguhati. Syukur.... Nak tahu tak hadiah apa dia bagi?



Tadaa! First time  Cuya dapat hadiah macam ni.

Ini kak Syazni nak suruh Cuya rajin kemas rumah ni!




Boleh panjangkan pemegang... dasyat... Function teruk!

Kak Syazni kata, dah nak raya ni boleh tolong mak bersihkan kipas.

HAHAHAA

Selama ni Cuya pakai penyapu dengan galah panjang je. Style orang dulu2 gitu.


Terima kasih kak sudi berkongsi rezeki! Semoga dimurahkan lagi berlipat ganda rezeki akak. Aamin...


Lepas ni berkilat la kipas rumah Cuya XD


Nota kaki : Sorry tak menyempat nak BW. Nanti ada masa free Cuya balas kunjungan.